OUR PROFILE



PUSAT TUISYEN GALAKSI UTAMA
“YOUR ONE STOP GALAXY TUITION CENTRE”





APAKAH ITU PUSAT TUISYEN GALAKSI UTAMA?

PUSAT TUISYEN GALAKSI UTAMA merupakan sebuah pusat pendidikan,latihan & pembelajaran swasta baru di MALAYSIA yang menyediakan satu platform,dimensi,& medium baru dan tersendiri kepada anak-anak anda dalam melahirkan generasi pelajar cemerlang,pintar,cekap,berproduktiviti tinggi dan soleh.

BILA PUSAT TUISYEN GALAKSI UTAMA MULA BEROPERASI?

Kami beroperasi bermula MAC 2012 dari pukul 8 malam hingga 10 malam setiap hari iaitu Isnin hingga Jumaat.


BAGAIMANAKAH PUSAT TUISYEN GALAKSI UTAMA MENCAPAI MISI DAN OBJEKTIF?

OBJEKTIF & MISI

Mengoptimumkan kaedah,suasana pembelajaran dan persekitaran pelajar sebagai inisiatif berterusan dalam melahirkan generasi pelajar yang cemerlang,pintar,berproduktiviti tinggi dan soleh dan dapat menjadikan pelajar itu bertanggungjawab dalam menguruskan masa mereka dengan sistematik setiap hari dalam melangkah sebagai pelajar cemerlang.

PAKEJ PUSAT TUISYEN GALAKSI UTAMA

Kami akan menyediakan pakej-pakej menarik dan terbaik untuk anak-anak anda seperti :
  • TUITION CLASS
  • PREP HOURS
  • KELAS MENGAJI
  • KELAS MEMBACA
  • KELAS INTENSIF UNTUK PELAJAR LEMAH
  • TRAINING & MOTIVATION
  • PRE-EXAMINATIONS

APAKAH ITU SISTEM PEMBELAJARAN WAKTU PREP?

Waktu Prep biasanya sistem yang tidak asing lagi kepada warga MAKTAB RENDAH SAINS MARA(MRSM) atau SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), di mana satu inisiatif ulangkaji berterusan mereka dalam mengoptimumkan suasana persekolahan dan persekitaran pembelajaran yang jitu,terancang dan terbaik selain dapat menyediakan kemudahan untuk mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar secara tidak langsung meningkatkan keyakinan dan minat mereka untuk belajar sebagai langkah memperkasa kebolehan,jati diri, produktiviti dan potensi diri pelajar setiap hari.

Jadi, KAMI menyediakan satu medium persekitaran dan waktu kepada semua pelajar yang bukan di asrama penuh sebagai langkah menarik minat mereka untuk memenuhkan masa mereka untuk sesi ulangkaji setiap subjek setiap hari,menyiapkan kerja rumah dan sesi bacaan al-quran serta solat berjemaah. Dari segi pengurusan masa, PREP ini hanya 3 jam setiap hari di mana pelajar boleh memilih waktu sessi pagi,petang atau malam. Dengan itu, langkah ini dapat mencegah pelajar sendiri daripada membuang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti budaya melepak dan sebagainya.

Dengan bantuan dan kawalan daripada TUTOR kami yang dilatih untuk memberikan tunjuk-ajar semasa sesi menyiapkan kerja rumah dan juga dilatih untuk memberi latihan intensif dan latih-tubi kepada setiap pelajar yang ingin cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Tutor kami juga dilatih untuk membincangkan topik utama subjek dan juga mengajar konsep PETA MINDA kepada para pelajar sebagai langkah untuk meningkatkan kepantasan mereka menguasai subjek-subjek kritikal.

Diharapkan ibu-bapa yang prihatin akan kecemerlangan dan prestasi anak-anak mereka dapat menerima sistem PREP ini sebagai usaha baru yang membuka ruang kepada pelajar sebagai langkah mencapai objektif & misi kami.


No comments:

Post a Comment